Monday, August 4, 2014

DIET ATKINS KATANYA

hari demi hari berlalu...berat badan makin hari makin bertambah. sedar x sedar...tahun 2006-70kg, sekarang 2014-95kg!!!! 25kg dalam masa 8tahun??? banyaknya lemak aku. mcm2 ubat kurus aku makan..tp still xturun2..makin naik ada la. 2tahun dah usia perkahwinan aku, tp maih blom dikurniakan zuriat... berat badankah puncanya??? doktor pakar sakit puan dulu pun ada nasihatkan aku supaya turunkan berat badan. 
dari hari ke hari... smpai lah entri ni ditulis.. aku jumpa satu diet, yg aku rasa agak sesuai dgn badan ni. ATKINS DIET. dah glamor u kt FB, Kelab Atkins Diet (Malaysia) ramai yg kongsi pic sebelum dan selepas...lagi buat aku teruja adalah diet ni xperlu aku perabis duit beli produk. perabis duit kt pasar je beli TELUR, AYAM, IKAN & SAYUR. best! sbb aku bleh makan telur dadar pebret aku tanpa rasa bersalah lg. 
dan...Alhamdulillah..aku xde masalah xmakan nasi. cuma....hurm.. byk jugak makana pebret mcm durian, kuih2 aku kena control. but...so far... ok je. terima kasih kepada baju jubah yg sendat kt perut tu sebaab buat aku tekad nk teruskan diet Atkins ni. banyak lg ilmu diet ni aku nk kena explore.. cara ni kira karbo.. walau dh tekad nk 'clean diet' pada 1-8-2014, ter'cheat' jugak sbb masih dalam mood raya, blasah kek minyak kt umah kak ros... huhu... so, 'claen diet' aku secara rasmi adalah bermula semalam.. 04OGOS2014.
xyah detail la pasal apa tu diet atkin sbb dah byk blog dh bercerita pasal DR.ATkins tu.. tp semua dh maklum fasa induction adalah selama 14hari. aku tekad nk clean diet smpai 30hari. pastu baru nk timbang berat. bukan...kang timbang seminggu sekali...tetiba turun 2kg..aku dah perasan kurus n suka nk cheat tanpa rasa berdosa pulakkan...hahahaha....itulah aku..baru turun sikit dah mudah puas hati...pastu lupa diri....gemuk balik. huhuhu... 

menu atkins aku: -pagi_telur dadar 2biji+cheese
                             tghr_sup ayam(3ketul)
                             ptg_ikan kembong asam pedas(2ekor)kuah xambil-beli.
                            mlm_telur dadar 2biji+sardin(sos dlm tin tu buang)
       carbo: 2.5+2+2+3=+- lebih kurang 10-11gm carb.

ntah betul ke tidak jumlah carbo. aku tgk2 kt blog org je. hihi.. yg penting, bukan nasi@sebarang tepung terlibat dalam menu hari aku. kt atas tu menu 1st day 'clean diet' aku. tapi clean ke? hahaha... wallahualam... hope..turun la berat aku ni nnt. aku update nnt ye. tguu...

 

Monday, July 29, 2013

BIOS LIFE SLIM

20/07/2013....aku ke KLINIK PAKAR SAKIT PUAN KHOR&LOH kt Nusajaya. skali pembantu klinik kt depan tu suh aku naik penimbang... AiyaKKKKK!!!! dah 96kg berat aku skrg.. oh tidakkkk!!!! 
salah satu sebab berat naik mendadak ni, aku dh xaktif bergerak lepas kaki sakit, sukar nk berjalan. tapi makan macam biasa... huhuhu.... hasiLnya...makin BAM BAM... ape dah jadi ni. hari2 layan fesbuk, last week 22hb.. kawan aku sheeda upload pic terbaru dia...waaa..... dah slim dari dulu. ni dah mendatangkan kejelesan yg teramat. 




ni la sheeda skrg...
dengan sheeda hari aku kahwin.. berbezakan dia skrg ni.....uhukkkkkk.....!


so, apalagi....sms sheeda tanya dia makan ape jadi cm 2... sheeda bocorkan rahsia dia ambik Bios Life Slim...disebabkan aku CTG bulan ni...gaji stiLL masuk, aku tekad nk try BLS ni... so, 29/07/2013 benda ni tiba kt depan rumah aku... hehehe....

ok...sebab aku ni "very biG"...so, rasanya adalah lebih baik aku ambik dulu CLearSTart Unicity ni... for Detox...aku dah buat research berhari2 pasal produk ni... itu yg ambiL masa nk decide beli produk ni. Produk ni adalah plan diet yg ambil masa 90hari...biasanya produk diet janjikan penurunan berat badan yg singkat...2minggu...@sebulan.. hurm... ikhlas...aku pernah ambiL HerbaLIFE( finally GAGAL) gagaL sebab tekak dah xleh terima soy shake dia tu. pastu JUsmate pun  aku pernah minum....ada penurunan...tapi perut melayu nk nasi jugak... SDII lagi sedih...xleh ambiL nasi...haram. hahaha...faiLED!!!  

Dah Bergelar PUAN....

lama dh xjenguk blog ni. latest news is...dh hampir 9bulan aku bergelar PUAN.. isteri kepada en.SAHARUDIN BIN MAZLAN.. dh dekat 4bulan aku posting ke BSI johor ni. hari ni 07.02.2013.. aku hangin satu badan bila baru dpt tengok n tahu markah SKT aku tahun lepas. 82.67%... tu dia.. klau tgk graf mmg jatuh la. huh! Penilai ni bukan kenal kita sgt pun. tp x mengapalah... mulakan langkah baru kt BSI ni. low profile. dulu kt KLIA walaupun kita kaki OT, buat kerja ikut prosedur.

AKU DAN FIBROID

dah lama x wt entry pasal diet. lepas kawin 31/5/2012....berat aku naik mendadak... makin xleh controL biLa datang dok JB bersama suami. masak, makan, masak, makan.... hati senang. smpai la satu kejadian, dimana aku ingatkan aku peknen..feB 2013-  period xdatang. masuk maC stiLL lambat (4kali wt peknen test, NEGATIF  :(  
13 mAC, PERIOD..lama.. non-stop bleeding. mula2 ingatkan sbb kes lambat hari tu.. tup tup tanpa sedar (sibuk ngan keja, cuti balik kmpung mengundi, terkejar2 dengan kuRsus kt INTAN kluang..) eh, dah bulan 6...period masih xstop lg. dah  mula risau. seacRh kt tenet... dat's simptom FIBROID @ CYCS... what???? lepas sehari..sehari nk  g check, smpai la 23hb, g klinik Penawar kt Kempas..doktor tu ckp kt situ xwt pap smear dsbg.. hurm...dia suh refer spitaL..fine. 25hb, aku lak jatuh kt tmpat keja...sudahnya, kaki kanan bengkak xleh nk berjalan.
iniLah hasilnye..so, nk jadikan cerita tertangguhlah plan nk g spitaL nk check problem kt rahim ni. hurm....4hari lepas tu, ke KK kempas, doktor bg ubat utk seminggu pun xjalan jugak. g lagi KK kempas after seminggu (ubat habis) doktor wt U-sound.... hurm... doktor tu suspect Fibroid sebesar 2.2cm X 1.8cm kt dalam rahim sebelah kiri. dia wt surat refer kt Pakar Ganaelogy HSA..hurm, berita sedih...biasaLah, spitaL kerajaan...Q panjang..aku dapat date appointment 17 sept 2013... mak aih....berape bulan nk kena tunggu... pening dok fikir...nk  g spitaL swasta, aku xde medical card nk cover..hurm.. klau g spitaL confirm kena operate klau betuL fibriod.. xmo la tebuk2 cm tu. bincang dengan suami, kami sepakat nk dapatkan rawatan Islam kt Darussyifa. seteLah berhari aku research kt tenet. ramai yg dah baik dr ni dengan rawatan secara Islam, tanpa pembedahan. kaki stiLL blom baik lagi.. tp terpaksa jalan jugak g kerja. dah macam OKU..jalan slow2... xdaya dh nk layan, aku decide ambik cuti tanpa gaji 2bulan. alang2 dah nk puasa n raya. so, start 1 JULAI 2013 dgn rasmi aku CTG.. hihi.. dapat la rehatkan kaki ygxbaik2 ni n fokus utk rawatan Fibriod. bersama suami kami ke Darussyifa kt kampung Maju Jaya   Skudai, jumpa Ustaz (Prof.Hussain).. bgtau masalah tu, Ustaz bacakan doa kt air, pastu bg ubat. dia cakap, insha ALLAH fibroid tu boleh kecut. ubat tu dalam bentuk kapsuL kaler hijau&putih ( cam bendera PAS ) hihi.. xmengapa... aku makan ubat tu dekat 2minggu.. hurm...tapi...darah stiLL keluar, non-stop.. panic...risau ubat ustaz tu xberkesan, aku bgtau suami nk g KLINIK PAKAR SAKIT PUAN KHOR & LOH kt Nusajaya. aku dapat tau pasal klinik tu masa dok godek2 tenet cari maklumat. 20 Julai aku ke klinik pakar tu. doktor tu cakap, dalam rahim aku  xde fibriod, tapi darah setebaL 6cm kt dinding rahim..itu yg membuatkan darah non-stop keluar. Aikk???? mana fibriod yg nmpak masa wt U-sound kt klinik Kempas bulan lepas??? hurm...aku rasa mungkin fibroid dh kecut sbb aku makan ubat yg ustaz bagi tu. doktor Pakar ni bg aku 2jenis ubat...satu jenis utk 7hr makan...lagi satu utk 3minggu.. Alhamdulillah...lepas 2hari makan ubat doktor pakar tu, darah yg dah 4bulan non-stop kuar tu akhirnya berhenti.... syukur padaMu ya Allah.. bulan puasa ni dapatLah berpuasa dgn baik...hari ni, 29hb Julai ...aku masih ambil ubat utk yg 3minggu tu. kena habiskan... after 3weeks, kata doktor, akan datang period...day 5th, kena g lagi klinik...check lg.

Wednesday, April 3, 2013

Tafsir- AYAT-AYAT RUQYAH


Surah Al-fatihah
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Surah Al-Baqarah
[1]Alif, Laam, Miim.
[2]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


 
[102]Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

 [163]Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[164]Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


 [255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


[285]Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
[286]Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.



Surah Al-i-imran 
[18]Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[19]
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. 


Surah Al-Araf
[54]Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
[55]Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
[56]Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.


 [117]Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
[118]Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
[119]Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
[120]Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
[121]Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
[122]“(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.



Surah Yunus
[81]Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
[82]“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”.


Surah Toha
 [69]“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Surah Al-Mukminun 
[115]“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
[116]Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
[117]Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
[118]Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”


Surah As-Soffat
[1]Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
[2](Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
[3](Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
[4](Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
[5]Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
[6]Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
[7]Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
[8](Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
[9]Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
[10]Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.

Surah Al-AhQaaf
[29]Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): “Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
[30]Mereka berkata: “Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)
[31]“Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[32]“Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun – yang lain dari Allah – sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata”.

Surah Ar-Rahman
[33]Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

SurahAl-Hasyr
[21]Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
[22]Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[23]Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengka pi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
[24]Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

SurahAl-Jin
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
[2]`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
[3]Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
[4]`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
[5]`Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
[6]`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
[7]`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
[8]`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
[9]`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.


SurahAl-ikhlas
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Surah Al-Falaq
[1] Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2] “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3] “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4] “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5] “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Surah An-Nas
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2] “Yang Menguasai sekalian manusia,
[3] “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4] “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5] “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6] “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.




Thursday, September 20, 2012

HARAPAN

Panduan Menurunkan Berat Badan Secara Sihat

1.Berpuasa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.

2.Penjagaan makanan
Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera
Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politi dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan.

4.Bersenam
Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

5.Kawal nafsu makan
Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.

ARTIKEL NI DAPAT DR  BLOG ANIZYN... TQ!

dong yi

setelah mengorbankan duit beli dvd Dae Jang Geum, lg sekali menghanguskan duit beli dvd Dong Yi.
Dong Yi adalah puteri kepada Choi Hyo Won yang merupakan ketua Masyarakat Pendekar Pedang (Geumgae). Abangnya Choi Dong Joo berkawan dengan Cha Cheon Soo (Baek Soo Bin) yang nantinya akan membantu Dong Yi. Seo Yong Gi adalah rakan ayah Dong Yi, ayah Seo Yong Gi mati kerana pembunuhan (yang katanya dirancang oleh kumpulan Geumgae). Seo Yong Gi ditugaskan menyiasat kes ayahnya. Geumgae bentukan Choi Hyo Won dituduh membunuh ayah Seo Yong Gi, maka Seo Yong Gi harus memburu semua anggota Geumgae dan puteri ketuanya, Dong Yi. Semua anggota Geumgae dilaksanakan dengan perintah raja (kerana tuduhan membunuh), tapi ada satu yang melarikan diri, iaitu Cha Cheon Soo yang akan menyelamatkan Dong Yi.
Dong Yi menukar namanya menjadi Cheon Dong Yi, agar tidak tertangkap oleh tentera Diraja. Sebenarnya Dong Yi dan Seo Yong Gi sering sekali bertemu tetapi Seo Yong Gi tidak mengenalinya sementara Dong Yi mengenalinya (kerana pernah bertemu saat masa kecilnya).
  Seo Yong Gi justeru membantu Dong Yi sampai menjadi gundik. Kerana suatu perkhidmatan Jang Hui Bin merekomendasikannya sebagai gungnyeo (dayang) biro pengawas. Di biro pengawas, Jeong Sang Gung (Ibu Asrama Jeong) dan Jung Im selalu membantunya menegakkan kebenaran hingga dia menjadi Dayang Agung Istana (dan kemudian jadi gundik).
Dong Yi lalu menjadi gundik dengan pangkat Suk-Bin (gundik tahap 1) dan melahirkan putera yang nantinya menjadi raja ke-21 Joseon, Yeongjo

Kisah ini berlatarkan pada masa pemerintahan Raja Sukjong (Raja ke-19) yang memerintah Dinasti Joseon (dilakonkan Ji Jin Hee). Cerita tertumpu pada Dong Yi (dilakonkan Han Hyo Joo, Dong Yi kecil dilakonkan Kim Yoo Jung), pelayan biro muzik yang tugasnya membantu biro muzik dan pekerjaan-pekerjaan berat lain di istana yang kemudian mendapatkan kepercayaan Permaisuri Inhyeon (dilakonkan Park Ha Sun ). Ia juga disukai oleh raja dan tersentuh oleh muzik haegeum yang ia sampaikan serta keikhlasannya membantu membersihkan nama permaisuri Inhyeon pada peristiwa yang menyebabkan fitnah yang disebabkan oleh seorang gundik , Jang Ok Jeong (dilakonkan Lee So Yeon).

hamba bahagian Muzik


Pertemuan secara tidak sengaja diantara dong yi dan maharaja telah membuahkan satu hubungan istimewa dimana pada mulanya status Maharaja dirahsiakan dari pengetahuannya. Sebelumnya, Dong Yi melalui pelbagai peristiwa semasa menjadi pembantu rendah(hamba suruhan) di bahagian Muzik Istana, selepas itu telah diberi pangkat Dayang di Bahagian Siasat, ini dengan bantuan gundik Jang Ok-Jeong (digelar Hee-Bin Jang). Pada awalnya, Dong Yi amat menghormati Hee-Bin Jang, namun setelah Heebin Jang melakukan fitnah ke atas Permaisuri Inhyeon cuba membunuh Maharani, Dong Yi cuba mencari kebenaran dgn membantu Permaisuri membersihkan nama.
Dayang Bahagian Siasat

Semasa menyiasat kes fitnah ke atas Permaisuri Inhyeon, Dong Yi telah tercedera parah dan dibantu oleh seorang peniaga di Eiju (sempadan dengan negara China). Setelah sembuh, Dong Yi cuba utk pulang menyerahkan bukti yg didapatinya semasa melakukan siasatan kepada Maharaja. Gagal utk bertemu Maharaja kerana konspirasi menghalangnya berbuat demikian menyebabkan Dong Yi berputus asa. Pada suatu malam, Dong Yi memainkan alat muzik Haegeum mengalunkan irama yg pernah diajarkan oleh mendiang abangnya yang dulu seorang pemuzik Istana. Terdengar alunan muzik indah yg pada  suatu ketika pernah didengar di Istana, Maharaja sewaktu menjalankan rondaan di luar istana, telah menjumpai Dong Yi yg sedang maminkan Haegeum juga dalam kesedihan teringatkan Maharaja. Maharaja yg pada ketika itu juga turut terasa dgn kehilangan Dong Yi terkejut dan amat gembira lalu memeluknya. Demi keselamatan Dong Yi yg telah di fitnah mencuri dokumen dan menyebab kebakaran di bahagian Rekod Negara, Maharaja telah mengurniakan gelaran Gundik kepada Dong Yi. Atas alasan itu, musuh2 tidak dapat berbuat apa2 dan penyiasatan ke atas kes itu telah mengembalikan gelaran kepada Permaisuri Inhyeon yg telah diusir dari istana. sejak pada itu, Gundik Heebin Jang  yg dilantik menjadi Permaisuri selepas pengusiran Permaisuri Inhyeon, telah turun tahta kerana bersubahat menganiaya Permasuri Inhyeon. Walaubagaimanapun beliau tidak diusir dr istana kerana mengambil kira puteranya yg telah dilantik menjadi Putera Mahkota.
setelah lama xjumpa..
momen2 romantis :)
Pelbagai peristiwa berlaku didalam Istana, status sebenar Dong Yi sebagai anak kepada ketua Pendekar dapat dibongkar oleh Gundik Heebin Jang, Dong Yi melahirkan putera pertama( anaknya mati dijangkiti penyakit campak) , melahirkan putera kedua semasa diusir keluar dari Istana selepas mengaku menyembunyikan identiti sebangai anak penderhaka. Putera kedua, diberi nama Geum yg akhirnya akan menjadi maharaja  Joseon.  (putera Mahkota, anak kepada Heebin Jang tidak bertahan lama menjadi Maharaja kerana tidak dapat meninggalkan pewaris-mandul).
gelaran Gundik Sukyi



Dong Yi  menjadi gundik dengan pangkat Suk-Bin dan melahirkan putera yang nantinya menjadi raja ke-21 Joseon, Yeongjo.
bersama Putera Geum
Diakhir penceritaan drama ini, Dong Yi telah menolak menjadi Permaisuri atas  sebab keselamatan Putera Mahkota dan Putera Geum. Beliau telah berpindah keluar dari Istana, dan tinggal di luar bagi membantu rakyat-rakyat golongan bawahan dan hamba.



dilantik sebagai Gundik Sukbin

Maharaja