Thursday, September 20, 2012

HARAPAN

Panduan Menurunkan Berat Badan Secara Sihat

1.Berpuasa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.

2.Penjagaan makanan
Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera
Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politi dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan.

4.Bersenam
Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

5.Kawal nafsu makan
Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.

ARTIKEL NI DAPAT DR  BLOG ANIZYN... TQ!

dong yi

setelah mengorbankan duit beli dvd Dae Jang Geum, lg sekali menghanguskan duit beli dvd Dong Yi.
Dong Yi adalah puteri kepada Choi Hyo Won yang merupakan ketua Masyarakat Pendekar Pedang (Geumgae). Abangnya Choi Dong Joo berkawan dengan Cha Cheon Soo (Baek Soo Bin) yang nantinya akan membantu Dong Yi. Seo Yong Gi adalah rakan ayah Dong Yi, ayah Seo Yong Gi mati kerana pembunuhan (yang katanya dirancang oleh kumpulan Geumgae). Seo Yong Gi ditugaskan menyiasat kes ayahnya. Geumgae bentukan Choi Hyo Won dituduh membunuh ayah Seo Yong Gi, maka Seo Yong Gi harus memburu semua anggota Geumgae dan puteri ketuanya, Dong Yi. Semua anggota Geumgae dilaksanakan dengan perintah raja (kerana tuduhan membunuh), tapi ada satu yang melarikan diri, iaitu Cha Cheon Soo yang akan menyelamatkan Dong Yi.
Dong Yi menukar namanya menjadi Cheon Dong Yi, agar tidak tertangkap oleh tentera Diraja. Sebenarnya Dong Yi dan Seo Yong Gi sering sekali bertemu tetapi Seo Yong Gi tidak mengenalinya sementara Dong Yi mengenalinya (kerana pernah bertemu saat masa kecilnya).
  Seo Yong Gi justeru membantu Dong Yi sampai menjadi gundik. Kerana suatu perkhidmatan Jang Hui Bin merekomendasikannya sebagai gungnyeo (dayang) biro pengawas. Di biro pengawas, Jeong Sang Gung (Ibu Asrama Jeong) dan Jung Im selalu membantunya menegakkan kebenaran hingga dia menjadi Dayang Agung Istana (dan kemudian jadi gundik).
Dong Yi lalu menjadi gundik dengan pangkat Suk-Bin (gundik tahap 1) dan melahirkan putera yang nantinya menjadi raja ke-21 Joseon, Yeongjo

Kisah ini berlatarkan pada masa pemerintahan Raja Sukjong (Raja ke-19) yang memerintah Dinasti Joseon (dilakonkan Ji Jin Hee). Cerita tertumpu pada Dong Yi (dilakonkan Han Hyo Joo, Dong Yi kecil dilakonkan Kim Yoo Jung), pelayan biro muzik yang tugasnya membantu biro muzik dan pekerjaan-pekerjaan berat lain di istana yang kemudian mendapatkan kepercayaan Permaisuri Inhyeon (dilakonkan Park Ha Sun ). Ia juga disukai oleh raja dan tersentuh oleh muzik haegeum yang ia sampaikan serta keikhlasannya membantu membersihkan nama permaisuri Inhyeon pada peristiwa yang menyebabkan fitnah yang disebabkan oleh seorang gundik , Jang Ok Jeong (dilakonkan Lee So Yeon).

hamba bahagian Muzik


Pertemuan secara tidak sengaja diantara dong yi dan maharaja telah membuahkan satu hubungan istimewa dimana pada mulanya status Maharaja dirahsiakan dari pengetahuannya. Sebelumnya, Dong Yi melalui pelbagai peristiwa semasa menjadi pembantu rendah(hamba suruhan) di bahagian Muzik Istana, selepas itu telah diberi pangkat Dayang di Bahagian Siasat, ini dengan bantuan gundik Jang Ok-Jeong (digelar Hee-Bin Jang). Pada awalnya, Dong Yi amat menghormati Hee-Bin Jang, namun setelah Heebin Jang melakukan fitnah ke atas Permaisuri Inhyeon cuba membunuh Maharani, Dong Yi cuba mencari kebenaran dgn membantu Permaisuri membersihkan nama.
Dayang Bahagian Siasat

Semasa menyiasat kes fitnah ke atas Permaisuri Inhyeon, Dong Yi telah tercedera parah dan dibantu oleh seorang peniaga di Eiju (sempadan dengan negara China). Setelah sembuh, Dong Yi cuba utk pulang menyerahkan bukti yg didapatinya semasa melakukan siasatan kepada Maharaja. Gagal utk bertemu Maharaja kerana konspirasi menghalangnya berbuat demikian menyebabkan Dong Yi berputus asa. Pada suatu malam, Dong Yi memainkan alat muzik Haegeum mengalunkan irama yg pernah diajarkan oleh mendiang abangnya yang dulu seorang pemuzik Istana. Terdengar alunan muzik indah yg pada  suatu ketika pernah didengar di Istana, Maharaja sewaktu menjalankan rondaan di luar istana, telah menjumpai Dong Yi yg sedang maminkan Haegeum juga dalam kesedihan teringatkan Maharaja. Maharaja yg pada ketika itu juga turut terasa dgn kehilangan Dong Yi terkejut dan amat gembira lalu memeluknya. Demi keselamatan Dong Yi yg telah di fitnah mencuri dokumen dan menyebab kebakaran di bahagian Rekod Negara, Maharaja telah mengurniakan gelaran Gundik kepada Dong Yi. Atas alasan itu, musuh2 tidak dapat berbuat apa2 dan penyiasatan ke atas kes itu telah mengembalikan gelaran kepada Permaisuri Inhyeon yg telah diusir dari istana. sejak pada itu, Gundik Heebin Jang  yg dilantik menjadi Permaisuri selepas pengusiran Permaisuri Inhyeon, telah turun tahta kerana bersubahat menganiaya Permasuri Inhyeon. Walaubagaimanapun beliau tidak diusir dr istana kerana mengambil kira puteranya yg telah dilantik menjadi Putera Mahkota.
setelah lama xjumpa..
momen2 romantis :)
Pelbagai peristiwa berlaku didalam Istana, status sebenar Dong Yi sebagai anak kepada ketua Pendekar dapat dibongkar oleh Gundik Heebin Jang, Dong Yi melahirkan putera pertama( anaknya mati dijangkiti penyakit campak) , melahirkan putera kedua semasa diusir keluar dari Istana selepas mengaku menyembunyikan identiti sebangai anak penderhaka. Putera kedua, diberi nama Geum yg akhirnya akan menjadi maharaja  Joseon.  (putera Mahkota, anak kepada Heebin Jang tidak bertahan lama menjadi Maharaja kerana tidak dapat meninggalkan pewaris-mandul).
gelaran Gundik Sukyi



Dong Yi  menjadi gundik dengan pangkat Suk-Bin dan melahirkan putera yang nantinya menjadi raja ke-21 Joseon, Yeongjo.
bersama Putera Geum
Diakhir penceritaan drama ini, Dong Yi telah menolak menjadi Permaisuri atas  sebab keselamatan Putera Mahkota dan Putera Geum. Beliau telah berpindah keluar dari Istana, dan tinggal di luar bagi membantu rakyat-rakyat golongan bawahan dan hamba.



dilantik sebagai Gundik Sukbin

Maharaja

melayan drama Korea klasik.

1st time tgk cite Korea neh, hati tertarik pada drama Dae Jang Geum @ JEWEL IN THE PALACE.
Dae Jang Geum (hangul: 대장금), dikenali juga sebagai The Great Jang Geum, atau Jewel In The Palace, adalah sebuah siri televisyen yang dikeluarkan oleh stesen TV Korea Selatan, MBC pada tahun 2003.
Berdasarkan kisah sejarah yang terdapat dalam Babad Dinasti Joseon, ia memaparkan kisah seorang wanita yang dipanggil Jang-geum (dilakonkan oleh Lee Young Ae), yang berjaya menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Tema utama dalam siri ini adalah kecekalannya dalam menghadapi sebarang masalah dan ketekunan dan kebijaksanaannya hingga dia berjaya mencapai sesuatu yang wanita pada masa itu tidak mungkin berjaya mendapat. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional.

Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja Seongjong, Raja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.
Selepas kejadian itu, Seo Cheon-su, seorang pengawal yang terlibat dalam pembunuhan itu, pulang ke rumah tetapi dalam perjalanannya mengalami suatu kemalangan. Dia diselamatkan oleh seorang pertapa Tao yang memberitahu dia bahawa hidupnya berputar di keliling tiga wanita: dia akan membunuh wanita yang pertama; dia akan menyelamatkan nyawa wanita yang kedua, dan wanita ketiga akan mengakibatkan kematiannya tetapi akan menjadi penyelamat kepada yang lain. (Wanita-wanita yang dimaksudkan adalah pertama, ibu putera Yeonsang-gun yang dibunuhinya, wanita kedua adalah isteri lelaki tersebut dan ketiga adalah anaknya, Jang Geum). Tekanan jiwa yang dialaminya membuat dia meletak jawatan dari istana.
Di dapur istana pula, Park, seorang perantis dapur, telah menyaksikan sebuah komplot untuk membunuh ibu kepada raja oleh Choi, dan kemudiannya dituduh membuat kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan diberi hukuman menurut cara mereka sendiri. Park diselamatkan oleh Puan Han, kawan baiknya di istana dan kemudian diselamatkan sekali lagi oleh Seo, pengawal istana yang telah meletak jawatan. Kedua-dua Seo dan Park memutuskan untuk tinggal di sebuah kampung yang terpencil dan hidup sebagai petani. Mereka kemudiannya berumahtangga dan melahirkan dan membesarkan seorang anak cilik yang diberikan nama, Seo Jang-geum.
Pada tahun 1504, Raja Yeonsang-gun memerintahkan penyiasatan atas kematian ibunya. Dia mendapat tahu akan tempat sembunyi bekas pengawal Seo dan keluarga, disebabkan juga oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh si anak kecil Jang Geum. Seo diberkas dan dihukum mati. Jang Geum dan ibunya melarikan diri tapi ibunya dapat diberkas oleh musuh-musuhnya dari dapur istana dan diracuni. Sebelum ibunya meninggal dunia dia memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum wanita di dapur istana.

Jang Geum melalui beberapa peristiwa sebelum dia dapat masuk ke istana. Disebabkan ketabahan, bakat, keinginan untuk tahu, dan kerja yang keras, dia telah membantu Puan Han (kawan baik ibunya) untuk menjadi tukang masak utama dalam dapur istana. Dalam istana, Jang Geum telah melalui bermacam-macam cabaran dan sering dijauhkan diri oleh rakan setugas kerana dia lebih bijak dari perantis-perantis yang lain. Walaupun begitu, Jang-geum tidak berputus asa dan dia tekad untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya kerana dia percaya bahawa tujuan memasak adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesihatan kepada orang yang akan memakan masakan tersebut. Malangnya, sebuah konspirasi yang diketuai oleh Puan Choi dan juga anak saudara perempuannya, Geum-yeong, telah mengakibatkan Jang Geum dan Puan Han dibuang negeri ke pulau Jeju.

Semasa di pulau Jeju, Jang Geum bertemu dengan seorang wanita perubatan bernama Jang-deok. Kemahiran Jang-deok dalam bidang perubatan amat terserlah, dan dia sering dipanggil ke istana untuk berkhidmat tetapi Jang-deok menolak setiap tawaran yang dibuat oleh istana.
Jang Geum sedar hanya dengan mempelajari ilmu perubatan saja dapat dia pulang ke istana dan menuntut bela untuk ibunya dan Puan Han. Di bawah bimbingan Jang-deok, dia mempelajari ilmu perubatan...
    

Dae Jang-Geum adalah seorang wanita yang pernah wujud dan kisahnya tercatat dalam Babad Dinasti Joseon, serta dalam dokumen perubatan pada masa itu. Namun catatan dan rujukan mengenai Jang Geum adalah sedikit dan selalunya singkat. Terdapat dua pendapat mengenai Jang Geum. Ada yang percaya bahawa Jang Geum memang sebenarnya wanita perubatan pertama kepada raja. Pendapat yang lain menyatakan yang Jang Geum hanya watak rekaan berdasarkan beberapa rujukan mengenai wanita perubatan yang terdapat di babad tersebut.



DAE JANG GEUM



Pelakon

Watak utama


Pelakon utama Lee Young Ae yang memainkan watak Jang Geum
1) Seo Jang Geum (서장금)
dilakonkan oleh Lee Young-ae (이영애)
  • Seo na-in (서나인, 徐內人, Wanita dapur Seo)
  • Jururawat Seo (徐醫女)
  • Seo sang-goong (서상궁, 徐尚宮, Puan Seo, sebagai Puan Terutama)
  • Dae Jang Geum (대장금, 大長今, Jang Geum Agung)
2) Min Jeong-ho (민정호)
dilakonkan oleh Ji Jin-hee (지진희)
3) Jung-jong (중종)
dilakonkan oleh Im Ho (임호)
  • Putera Jin-sung (진숭대군, 晉城大君)
  • Raja Jung-jong (중종왕, 中宗王)
4) Choi Geum-young (최금영)
dilakonkan oleh Hong Ri-na (홍리나)
  • Choi na-in (최나인, 崔內人, Wanita dapur Choi)
  • Choi sang-goong (최상궁, 崔尚宮, Puan Choi, sebagai Puan Terutama, kemanakan Choi Seong-geum)

 Watak-watak penting yang lain

  • Han sang-goong (한상궁, 韓尚宮, Puan Han, dilakonkan oleh Yang Mi-gyeong (양미경)
  • Choi Seong-geum (최성금, 崔成琴, Puan Choi, dilakonkan oleh Gyeon Mi-ri (견미리)
  • Lee Yeon-saeng (이연생, 李連生, kawan baik Jang Geum, dari orang dapur menjadi isteri kedua raja, dilakonkan oleh Park Eun-hye (박은혜)
sumber: Wikipedia: Daejanggeum.

diet lagi :)

SDII- slim diet II drpd Alpha Lipid. disyorkan oleh seorang teman kpd saya, 1st time nk try, sy g beli kt kedai yg ada jual pelbagai brg2 kesihatan, jamu, kecantikan dan sbg.nya. tanpa fikir panjang, rm150 melayang. minum punye minum, xde penurunan langsung. risau SDII yg sy beli  tu tiruan, sy beli lah dgn teman sy, Yume, seorg nurse. 2tin, rm360. alhamdulillah, berat badan mula turun cket beberapa ratus gram. xmenentu, kdg2 naik, kdg2 turun(mungkin xleh timbang berat hari2 kot). lagi satu kdg2 buntu nk makan ape sbb bila ambil SDII ni, kena amalkan diet high protien, low carbo. hurm...jenuh nk makan ikan n telur hari2 smpai kenyang. perut melayu ni mmg susah nk disiplin. minggu pertama bleh la tahan, masuk minggu kedua, dia wat hal dia laa..nk nasi. hancur le diet. dr elok turun berat tu, makin bertambah lak jadinya. adoiyaiii..

Sebelum ni, sy dh try minum Jusmate 5, memang bagus, masalah sama...permakanan. pastu ambik Shape Plus dan Eve Fibre, produk dr Secret Solution  Resource. turun sket, tp bila stop, naik balik. kecewa. sebenarnya masa ambil produk Fit Up Roselle, ketara sgt keberkesannya. tp benda alah tu susah nk dpt stok. xtau lak kenapa, mungkin ada problem dgn KKM @pengurusan. lg sy kecewa. habiskan lagi duit beli sauna harga rm480..tu dia.. sebulan sebelum tarikh kawin, rajin bersauna. masa tu epal hijau sy blend 2biji(dengan kulit sekali) minum lepas bersauna. pagi ambil shape plus. alhamdulillah, berat badan turun jd 82kg. lepas kawin, terbaca lak 1 artikel pasal petua n sunnah Nabi SAW mengenai larangan pengantin baru yg nk dapatkan zuriat xleh makan EPAL MASAM, CUKA n KETUMBAR. hurm...sy dh xminum Shape Plus lg sbb ia berasaskan Epal Hijau. makan je sesuka hati, tinggal berjauhan dr suami membolehkan sy kurang mengambil nasi utk hidangan harian. kdg2 smpai 2hr xsentuh nasi. tp bila bersama keluarga, menu utama adalah nasi. tp betul ke nasi yg patut disalahkan @ diri sy sendiri?  biasa tengok rancangan The Biggest Losser x? senaman tu sebenarnya penting. permakanan yg sihat, bukan tiap kali makan dok hadap lauk-pauk yg sedap gilerrr, bersantan, bergoreng. gilerrr xsedap.. ahaks! tabiat&sejarah&perangai&sikap...ntahlah. :)

masa dok belajar dulu, berat sy 70kg. hurm...beratkan? tp percaya x, dlm masa 3 1/2 thn berat sy dh cecah 90kg??? tu  dia... hebat x.. huh! amalan senaman langsung x  buat. habis nk salahkan sape?  xkan nk sampai 100kg baru  nk terhegeh2 exercise. mcm mana nk dapatkan semangat bila suami pun kaki makan n xsuka exercise. jadi, sy patut lakukan sesuatu sebelum berat badan ni bertambah lagi 20kg. :'(